Khamis, 29 November 2012

Bulan-Bulan Islam yang dilupakan...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله

Segala puji bagi tuhan yang telah menjadikan alam ini dan bumi ini yang berputar pada paksinya, bersilih-silh ganti siang dan malam, bertukar-tukar hari hinggalah pada hari yang wajib berlaku yakni hari kiamat kelak.

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ   
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan (QS. ar-Rahman, 55:5)

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ
 Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu) (QS. Yunus, 10: 5).
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (QS. Taubah ayat 36)

Ketahuilah wahai saudaraku, kita telah dianiaya oleh orang yahudi dan nasrani agar mengikut mereka sehinggakan bulan islam pun kita tidak tahu. Bulan-bulan ini diiktiraf oleh Allah. Kalendar masehi digelar bulan syamsiah, ia melihat pengedaran matahari tetapi dalam ayat Allah, menjadikan perjalanan bulan supaya mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Dan lagi pada bilngan bulan syamsiah tidak ada bulan yang diharamkan seperti yang ada pada bulan qamariah iaitu rejab,zulhijjah,zulkaedah dan muharam. bilangan hari keseluruhan bagi bulan syamsiah adalah 365/366 hari manakala bulan qamariah adalah 355/356 hari. maka setiap tahun akan berbeza 10 hari. Yang ana ingin ketengahkan di sini adalah tarikh lahir setiap orang pada tahun hijriah banyak yang tidak tahu sedangkan tempoh baligh seseorang adalah 15 tahun mengikut tahun hijriah. Apa bezanya? Jikalau dikira adalah ana lahir pada 17/8/1991 masihi yang bersamaan dengan 7 safar 1412. jadi pada tahun ini umur ana akan meningkat 22tahun pada akhir tahun ini mengikut kalendar hijriah yang sudah bertukar tetapi kalau ikut masihi umur ana meningkat 22 pada bulan ogos. jadi sudah berbeza 8 bulan dan pada tahun hadapan akn bertambah lg perbezaannya. cuba bayangkan dalam kitab fiqh kata bahwa baligh seseorang itu apabila cukup umurnya 15 tahun bg lelaki, jikalau dikira baru start sembahyang umur 15 tahun mengikut tahun masihi maka budak itu telah tinggalkan solatnya lebih kurang beberapa bulan dan hampir setahun. maka berdosalah dia, jika dikatakan bahawa kami tidak tahu? kata imam ghazali jahil itulah dosa yang paling besar. jadi ana berharap kita mula mengambil berat tentang ini dan mula menghidupkan semula suasana islam dari segi kiraan hari,akhlak,ibadah dan sebagainya. Inilah nikmat Islam yang telah dibuang oleh perosak agama. Adalah ketika british memerintah dahulu belum lagi dibuang tahun hijriah pada surat beranak tapi selepas medeka merekalah pengkianat bangsa dan agama yang telah menghapuskan tahun ini serta tulisan jawi yang menjadi  tulisan orang melayu sejak kesultanan melayu melaka lagi. Wallahu a'lam
 Jikalau ingin mengetahui tarikh lahir anda dalam tahun hijriah sila layari laman web ini untuk menukar dari tahun masihi ke hijri www.iacad.gov.ae/en/pages/hijritogregorian.aspx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan