Selasa, 17 Januari 2012

Benih dan Pokok Ilmu Agama Islam

Disebutkan dlm post yg lalu bahawa ilmu itu sgt penting dan bynak faedahnya maka untuk post kali ini hamba ingin menyebut benih dan pokok bagi ilmu agama Islam.

1)Ilmu Usuluddin dikenali juga dgn ilmu kalam,ilmu tauhid,ilmu makrifah dan sebagainya. Ilmu ini membahas tentang iqtiqad/kepercayaan kita terhadap Allah dan Rasul dan segala yang berkait dengan alam ghaib. Perbahasannya ialah mengenai Uluhiyyat,Nubuwwat dan Samiyat.

2)Ilmu Fekah. Ilmu ini membahas tentang hukum halal/haram serta sah/batal didalam setiap kelakuan zahir manusia dlm anutan ajaran agama Islam. 4 perbahasan semuanya iaitu Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat.

3)Ilmu Tasawwuf dikenali juga dgn ilmu batin, ilmu kasyafah, ilmu akhlak dan sebagainya. Ia membahas tentang kelakuan hati manusia yakni kelakuan batin manusia. Ia juga membahas tentang sifat mahmudah dan mazmumah.

Ketiga-tiga Ilmu ini adalah Fardhu Ain bagi setiap mukhalaf. Siapa yang tiada pengetahuan tentang ilmu ini wajib belajar dan siapa yang alim dalam ilmu ini wajib mengajar org yg dia kuasa (isteri,anak,hamba sahaya).
Maka ilmu usuluddin itu adalah ilmu tentang keImanan, ilmu fekah itu ilmu tentang keIslaman dan ilmu tasawwuf itu tentang Ihsan. Ada ketiga-tiganya maka sempurnalah dirinya sebagai orang yang beriman dan beramal soleh dengan ikhlas. 

Dan Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Dan ada lagi Ilmu agama yang lain perlu dipelajari supaya kita lebih menghayati ajaran agama Islam. Dan hamba sebutkan disini beberapa pokok ilmu lagi

4)Ilmu Tajwid

5)Ilmu Nahu

6)Ilmu Sorof

7)Ilmu Tafsir

8)Ilmu Hadis

9)Ilmu Mustolah Hadis

Maka segala 9 ilmu yang hamba sebutkan disini adalah ilmu benih dan pokok ajaran agama Islma, 3 daripadanya adalah benih yakni yang fardhu ain iaitu usulluddin,fekah dan tasawwuf. Dan yang 6 lagi adalah pokok bagi ilmu. Maka ilmu-ilmu ini perlu diketahui dahulu sebelum pergi ke ilmu yang menjadi dahan dan ranting yakni cabang-cabang bagi sekalian ilmu tersebut. 
Wallahu a'lam.

(فاءىدة فى فضاءىل العلم) Faedah dan beberapa Fadilat Ilmu

Sesungguhnya banyak faedah dan fadilat belajar dan mengajar Ilmu Agama Islam.

Antaranya ialah:-
1)daripada ibn umar Nabi Muhammad S.A.W bersabda 'dikatakan bagi orang yang alim,syafaatkan olehmu drpd anak muridmu dan jikalau sampai sebilangan bintang di langit sekalipun'.
2)'barangsiapa yang belajar satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan ilmu itu dan mengajar org lain adalah terlebih baik baginya daripada seribu rakaat yang dirukuknya.'(Sabda Nabi S.A.W)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:-
"setengah drpd manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akn syurga semata-mata,maka para sahabat bertanya 'Siapa mereka itu Ya Rasulullah?' Maka sabda nabi 'mereka itu yg ada pada hatinya kasih akn ulama' kadar satu misqal zarah dan bahawasanya beberapa manusia masuk mereka itu akn neraka semata-mata,maka para sahabat bertanya 'Siapa mereka itu Ya Rasulullah?' Maka sabda nabi 'mereka itu yg ada pada hatinya benci akn ulama' kadar satu misqal zarah."

cukup la sampai sini dulu..Rujukan:kitab matlaul badrin karangan syekh daud fathani..