salam saudara, ana ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang diri ana sebelum dan selepas masuk alam tasawwuf. dulu waktu ana belajar tauhid,fiqh dan tasawwuf,ana tidaklah berminat dgn pngajian ilmu tasawwuf kerana ia ilmu yg mudah saja,yg xbnyk berfikir tetapi bnyk amln tu yg malas tu. jd ketika itu bnyk pulak tariqat2 yg sesat jd bertambah xsukala ana pd golongan sufi ini. ana da rasa yg sufi ni termasuk firqah2 yg sesat. tetapi alhamdulillah dgn taufik Allah ana jd terbuka hati nk kaji tntang perjalanan golongan sufi dan wali2 yg bnyknya dr klangan sufi ini. mulalah mengkaji tntng imam ghazali,imam abdullah al-hadad,hassan al-basri,junaid al-baghdadi,imam abu hasan asy-syazili dan lain2 lg. maka mulalah muncul dlm hati nk kaji kitab ihya' ulumuddin,dan ketika tgh cari kitab,ana terjumpa seorang ustaz yg pernah ana dgr kuliahnya yg apbla dya bcakan al-quran ana rasa gerun dan bila dya bc hadis ana jd rindu kpd rasulullah jd ana pon tegurnya,dan terjadilah perbualan kami d kedai itu.dya melarang ana beli kitab ihya' mula2 kerana dya kta kitab tinggi,lalu dya ajk ke rumahnya. d ctulah dya mula talqinkan ana dan ijazah kalimah lailahaillallah kpd ana yg dya ambil dr gurunya sehingga sanad itu bertemu junaid,hassan al basri dan saidina ali sterusnya rasulullah sendiri. lalu ana start amlkan shngga ana brjmpa lg bbrp org guru yg mngajar kitab2 tasawwuf lalu ana amlkannya.kini barulah ana tahu bhwa tasawwuf itu adalah amalan/pengalaman dan rasa apbla sdah mmbersihkan hati. dctulah rasa seronok bersyariat tambah solat2. solat mmg satu nikmat besar yg Allah bg kpd hmbnya kerana rahmatNya. dulu ana ckp g2 jugak tpi d mulut saja,kemudian skunk ana ckp dari hati mmg rasa indahnya agama islam ini bila kita ikut / masuk dlm dunia sufi. kini terbuktilah bg ana kata2 imam ghazali r.a dan kata golongan2 sufi yg lain bhwa jln yg mereka tmpuh adalah satu jln yg benar..Wallahu a'lam..
Selasa, 24 April 2012
Selasa, 17 Januari 2012
Benih dan Pokok Ilmu Agama Islam
Disebutkan dlm post yg lalu bahawa ilmu itu sgt penting dan bynak faedahnya maka untuk post kali ini hamba ingin menyebut benih dan pokok bagi ilmu agama Islam.
1)Ilmu Usuluddin dikenali juga dgn ilmu kalam,ilmu tauhid,ilmu makrifah dan sebagainya. Ilmu ini membahas tentang iqtiqad/kepercayaan kita terhadap Allah dan Rasul dan segala yang berkait dengan alam ghaib. Perbahasannya ialah mengenai Uluhiyyat,Nubuwwat dan Samiyat.
2)Ilmu Fekah. Ilmu ini membahas tentang hukum halal/haram serta sah/batal didalam setiap kelakuan zahir manusia dlm anutan ajaran agama Islam. 4 perbahasan semuanya iaitu Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat.
3)Ilmu Tasawwuf dikenali juga dgn ilmu batin, ilmu kasyafah, ilmu akhlak dan sebagainya. Ia membahas tentang kelakuan hati manusia yakni kelakuan batin manusia. Ia juga membahas tentang sifat mahmudah dan mazmumah.
Ketiga-tiga Ilmu ini adalah Fardhu Ain bagi setiap mukhalaf. Siapa yang tiada pengetahuan tentang ilmu ini wajib belajar dan siapa yang alim dalam ilmu ini wajib mengajar org yg dia kuasa (isteri,anak,hamba sahaya).
Maka ilmu usuluddin itu adalah ilmu tentang keImanan, ilmu fekah itu ilmu tentang keIslaman dan ilmu tasawwuf itu tentang Ihsan. Ada ketiga-tiganya maka sempurnalah dirinya sebagai orang yang beriman dan beramal soleh dengan ikhlas.
Dan Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).
Dan ada lagi Ilmu agama yang lain perlu dipelajari supaya kita lebih menghayati ajaran agama Islam. Dan hamba sebutkan disini beberapa pokok ilmu lagi
4)Ilmu Tajwid
5)Ilmu Nahu
6)Ilmu Sorof
7)Ilmu Tafsir
8)Ilmu Hadis
9)Ilmu Mustolah Hadis
Maka segala 9 ilmu yang hamba sebutkan disini adalah ilmu benih dan pokok ajaran agama Islma, 3 daripadanya adalah benih yakni yang fardhu ain iaitu usulluddin,fekah dan tasawwuf. Dan yang 6 lagi adalah pokok bagi ilmu. Maka ilmu-ilmu ini perlu diketahui dahulu sebelum pergi ke ilmu yang menjadi dahan dan ranting yakni cabang-cabang bagi sekalian ilmu tersebut.
Wallahu a'lam.
(فاءىدة فى فضاءىل العلم) Faedah dan beberapa Fadilat Ilmu
Sesungguhnya banyak faedah dan fadilat belajar dan mengajar Ilmu Agama Islam.
Antaranya ialah:-
1)daripada ibn umar Nabi Muhammad S.A.W bersabda 'dikatakan bagi orang yang alim,syafaatkan olehmu drpd anak muridmu dan jikalau sampai sebilangan bintang di langit sekalipun'.
2)'barangsiapa yang belajar satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan ilmu itu dan mengajar org lain adalah terlebih baik baginya daripada seribu rakaat yang dirukuknya.'(Sabda Nabi S.A.W)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:-
"setengah drpd manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akn syurga semata-mata,maka para sahabat bertanya 'Siapa mereka itu Ya Rasulullah?' Maka sabda nabi 'mereka itu yg ada pada hatinya kasih akn ulama' kadar satu misqal zarah dan bahawasanya beberapa manusia masuk mereka itu akn neraka semata-mata,maka para sahabat bertanya 'Siapa mereka itu Ya Rasulullah?' Maka sabda nabi 'mereka itu yg ada pada hatinya benci akn ulama' kadar satu misqal zarah."
cukup la sampai sini dulu..Rujukan:kitab matlaul badrin karangan syekh daud fathani..
Antaranya ialah:-
1)daripada ibn umar Nabi Muhammad S.A.W bersabda 'dikatakan bagi orang yang alim,syafaatkan olehmu drpd anak muridmu dan jikalau sampai sebilangan bintang di langit sekalipun'.
2)'barangsiapa yang belajar satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan ilmu itu dan mengajar org lain adalah terlebih baik baginya daripada seribu rakaat yang dirukuknya.'(Sabda Nabi S.A.W)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:-
"setengah drpd manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akn syurga semata-mata,maka para sahabat bertanya 'Siapa mereka itu Ya Rasulullah?' Maka sabda nabi 'mereka itu yg ada pada hatinya kasih akn ulama' kadar satu misqal zarah dan bahawasanya beberapa manusia masuk mereka itu akn neraka semata-mata,maka para sahabat bertanya 'Siapa mereka itu Ya Rasulullah?' Maka sabda nabi 'mereka itu yg ada pada hatinya benci akn ulama' kadar satu misqal zarah."
cukup la sampai sini dulu..Rujukan:kitab matlaul badrin karangan syekh daud fathani..
Rabu, 23 Mac 2011
Akhlak Yang Luhur
ketahuilah Rasulullah S.A.W tlh meramalkan cbrn dan dugaan2 yg akn dihadapi olh para mukmin,da'ei dan mujahidin di jln Allah..
Rasullullah S.A.W bersabda:
'org mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yg susah: '
1-mukmin yg dgki padanya
2-munafiq yg bnci kpdnya
3-kafir yg memeranginya
4-syaitan yg menyesatkannya
5-nafsu yg sering bertarung utk mengalahkannya.
(hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk:"Akhlak Yang Luhur.")
dalam hadith ini Rasulullah tlh menghuraikan tntang fitnah dan kesusahan yg boleh menimpa para Daie.
.
Rasullullah S.A.W bersabda:
'org mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yg susah: '
1-mukmin yg dgki padanya
2-munafiq yg bnci kpdnya
3-kafir yg memeranginya
4-syaitan yg menyesatkannya
5-nafsu yg sering bertarung utk mengalahkannya.
(hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk:"Akhlak Yang Luhur.")
dalam hadith ini Rasulullah tlh menghuraikan tntang fitnah dan kesusahan yg boleh menimpa para Daie.
.
Khamis, 4 Jun 2009
Kehidupan
tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman;
tidak perlu seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar;
mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
jika kasih tidak setulus Zulaikha;
mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah,
andai tidak sesempurna Rasulullah S.A.W;
" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
--AL IMAM HASSAN AL BANNA--
UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM AL GHAZALI-
Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.
-Dr.'Aidh Al-Qarni.
Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
andai diri tidak sehebat Sulaiman;
tidak perlu seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar;
mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
jika kasih tidak setulus Zulaikha;
mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah,
andai tidak sesempurna Rasulullah S.A.W;
" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
--AL IMAM HASSAN AL BANNA--
UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM AL GHAZALI-
Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.
-Dr.'Aidh Al-Qarni.
Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
Langgan:
Catatan (Atom)